You are here

Dasar Cookie (Cookie Policy)

Apabila anda melawat laman-laman web kami, kami akan mengumpul maklumat internet log yang biasa dan maklumat tentang butir-butir tingkah laku pelawat. Kami berbuat demikian untuk mengetahui perkara seperti bilangan pelawat ke pelbagai bahagian laman web ini. Kami tidak akan menghubungkait sebarang data yang dikumpul dari laman web ini dengan sebarang maklumat pengenalpastian peribadi.

1. Apakah cookies

Cookies adalah fail teks kecil yang telah diletakkan dalam komputer anda menerusi laman web yang dikunjungi oleh anda. Mereka diguna secara meluas supaya laman web dapat berfungsi dan untuk memperbaiki penggunaan laman tersebut.

Penggunaan cookies pada laman web kami adalah berdasarkan kepada Panduan Cookie Dewan Perdagangan Antarabangsa United Kingdom:

  • Amat Perlu
  • Prestasi
  • Fungsi
  • Sasaran

2. Amat Perlu

Cookies Amat Perlu membolehkan anda bergerak di sekitar laman kami dan menggunakan ciri-ciri utama seperti kebolehan untuk memohon pekerjaan. Cookies ini tidak mengumpul sebarang maklumat tentang anda yang boleh digunakan untuk mana-mana tujuan pemasaran.

2.1 Kami menggunakan cookies ini untuk

  • Mengingati benda seperti apakah jenis pekerjaan yang diminati oleh anda semasa melayari laman yang berbeza dalam satu sesi pelayaran web
  • Membolehkan borang-borang berfungsi seperti permohonan untuk pekerjaan, menghantar kurikulum vitae anda, atau menyempurnakan kajian

2.2 Cookies ini tidak akan

  • Mengumpul maklumat yang boleh digunakan untuk mengiklan produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan kepada anda
  • Mengingati pilihan-pilihan anda atau laluan nama pengguna anda selepas kunjungan semasa anda

2.3 Senarai cookies amat perlu

  • JSESSIONID- cookie ini dicipta secara unik dan tanpa nama untuk anda apabila anda mengakses laman web kami. Ia membolehkan laman kami mengingati maklumat secara sementara di antara laman. Jika anda mematikan cookie ini, maklumat JSESSIONID akan kelihatan di sesetengah pautan URL tetapi sesetengah fungsi mungkin tidak dapat berfungsi sepenuhnya.

Penerimaan cookies ini adalah syarat penggunaan laman web. Jika anda mematikannya kami tidak dapat menjamin anda akan berupaya untuk mencari atau memohon pekerjaan atau mengguna bahagian-bahagian lain laman web ini, dan kami juga tidak boleh menjamin keselamatan anda semasa lawatan anda.

3. Prestasi

Cookies Prestasi mengumpul maklumat tentang bagaimana anda mengguna laman web kami, iaitu jenis laman yang telah dikunjungi oleh anda dan bagaimana anda melayari kepada laman yang paling diminati anda. Cookies ini tidak mengumpul sebarang maklumat yang boleh mengenalpasti anda dan maklumat ini hanya akan diguna untuk membantu kami memperbaiki pengalaman laman web keseluruhan kami.

3.1 Kami menggunakan cookies ini untuk

  • Membekalkan statistik penting mengenai bagaimana laman web kami digunakan
  • Membantu kami memperbaiki laman kami dengan menilai prestasi laman web
  • Menguji reka bentuk dan bahagian fungsi yang berbeza
  • Menilai betapa berkesannya pengiklanan kami (Nota. kami tidak mengguna maklumat ini bagi tujuan sasaran pengiklanan apabila anda mengguna laman lain)

3.2 Kami tidak menggunakan cookies ini untuk

  • Mengumpul sebarang maklumat peribadi yang boleh digunakan untuk mengiklan produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan kepada anda pada laman web yang lain

Dalam keadaan-keadaan tertentu cookies ini adalah diurus oleh pihak ketiga tetapi mereka tidak menggunakannya untuk sebarang tujuan lain selain yang disenaraikan di atas

3.3 Senarai cookies pretasi

 

Cookie Nama

Google analytics

_utma
_utmb
_utmc
_utmz

Webtrends

Webtrends_ID

Campaign tracking

mc_id

Penerimaan cookies ini adalah syarat penggunaan laman web. Jika anda mematikan cookies ini kami tidak dapat menjamin bagaimana laman ini akan berfungsi untuk anda.

4. Fungsi

Cookies ini digunakan untuk membekal perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk mengingati tetapan untuk memperbaiki kunjungan anda

4.1 Kami menggunakan cookies ini untuk

  • memastikan anda log masuk ke dalam My Page supaya anda boleh memohon beberapa pekerjaan tanpa memasukkan semula maklumat anda
  • Mengingati pilihan-pilihan carian kerja anda bila anda mengakses laman web ini pada sesi seterusnya
  • Membolehkan fungsi seperti “job basket”
  • mengintegrasikan dengan laman rangkaian sosial seperti Google dan Twitter untuk membolehkan anda berkongsi kandungan dari laman kami pada laman mereka
  • Membolehkan Google Map ditunjukkan pada laman pejabat kami

4.2 Kami tidak menggunakan cookies ini untuk

  • Mengumpul sebarang maklumat peribadi yang boleh digunakan untuk mengiklankan produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan kepada anda pada laman web lain

4.3 Senarai cookies fungsi

Cookie Nama

MyPage cookie

My_Page_Cookie

Google

PREF
NID

Twitter

Pid
Guest_id
K
_twitter sess

Untuk maklumat lanjut tentang cookies pihak ketiga dari Google, sila rujuk kepada www.google.com/analytics/learn/privacy.html

Penerimaan cookies ini adalah syarat penggunaan laman web. Jika anda membuat keputusan untuk mematikannya ia mungkin bermaksud kami tidak boleh menawarkan anda perkhidmatan tertentu dan memberi kesan kepada bagaimana laman berfungsi.

5. Cookies sasaran atau pengiklanan

Walau kami tidak secara aktif mengambil bahagian dalam penggunaan cookies ini, namun cookies Fungsi pihak ketiga tertentu seperti dari Google dan Twitter mungkin juga akan digunakan oleh pihak ketiga untuk tujuan sasaran pengiklanan.

Untuk maklumat lanjut tentang cookies pihak ketiga dari Google dan Twitter, sila rujuk kepada www.twitter.com/privacy dan www.google.com/analytics/learn/privacy.html

5.1 Apakah Cookies sasaran atau pengiklanan?

Cookies ini digunakan untuk menghantar iklan yang lebih relevan kepada anda dan minat anda. Mereka juga digunakan untuk menghadkan bilangan kali anda melihat iklan dan juga membantu menilai keberkesanan kempen pengiklanan. Mereka biasanya diletak oleh rangkaian pengiklanan dengan kebenaran pengendali laman web. Mereka mengingati bahawa anda telah melawat sesuatu laman web dan maklumat ini akan dikongsi dengan organisasi-organisasi lain seperti pengiklan. Agak kerap cookies sasaran atau pengiklanan akan dihubungkan kepada fungsi laman yang dibekalkan oleh organisasi-organisasi yang lain.

Anda boleh mengawal penggunaan cookies ini sama ada dengan menukarkan tetapan pelayar web anda atau dengan menggunakan alat pihak ketiga sendiri. Sila maklum bahawa sekiranya cookies ini dimatikan, anda mungkin menghalang kami dari menawarkan anda perkhidmatan tertentu pada laman web kami.

6. Perubahan

Kami mungkin perlu mengemaskini Dasar Cookie ini pada masa hadapan dan anda digalakkan untuk menyemak Dasar Cookie ini dari semasa ke semasa untuk terus dimaklumkan tentang bagaimana kami menggunakan cookies.

7. Maklumat lanjut

Anda boleh mencari maklumat lanjut tentang cookies di www.allaboutcookies.org atau jika anda mempunyai sebarang soalan atau komen tentang Dasar Cookie ini, sila emel [email protected]